Sabtu, 26 Oktober 2013
Sabtu, 12 Oktober 2013
Kelantan, I miss u
Ni aq nak share beberapa video. Seriously, bile aq gi Kelantan, dunianya memang berbeza. Aq akn brithu apa bezanya, tp lps korang tengok beberapa video yg aku nk share nih:
1)Bicara selebriti 6 di Stadium Sultan Muhammad ke-IV Kota Bharu Kelantan.
Fanalis : Ustaz Azhar Idrus (UAI) , Heliza Helmi , Meyda Sefira (pelakon Ketika Cinta Bertasbih)
Jumaat, 11 Oktober 2013
madrasati, dengari.......lah!
coretan ini,
hsil karya aq ats dasar berani,
akibat penat lelah kami,
meredah suasana sekolah di pagi hari.
Telah sekian lama niat ini tertanam dalam hati,
namun baru kini aq mndpt kberanian diri,
moga2 ade yang mendengar kisah kami,
dan jadikannya untuk muhasabah diri,
dan diambil tindakan terkini.
Mari aq ceritakan suasananya,
yang penuh duka dan sengsara,
tetapi kekadang tergelak ketawa,
dek rakan dan taulan bersama.
Wahai madrasati,
mengapa dengan kamu ini?
aq tak slhkn asatizati,
atau mana2 ahli,
tapi aq mahu tundingkan jari,
kepada madrasati,
yang seolah2 tak pernah melihat kami.
madrasati,
kamu bukan mempunyai sejenis ahli,
tapi kamu mempunyai 2 jenis ahli,
atau mungkin 3 jenis ahli,
yang sama2 dtg kpd mu setiap hari,
untuk mempelajari dan meningkatkan pencapaian diri.
Kalau bukan kerana untuk menuntut perkara2 ilmi,
sudah tentu kami tak akan kembali,
kepadamu madrasati.
madrasati,
tahukah engkau sebelum ini,
akan perasaan kami saban hari?
engkau mahu kami patuh pada peraturan,
tanpa menyediakan kemudahan,
tanpa memberi keadilan.
dan tanpa keselesaan.
apakah ada warganegara,
yang ingin berada dalam negaranya,
apabila kemudahan diberi kpdnya, mengikut warna kulitnya,
dan jenis ahlinya,
tanpa keadilan yang sepatutnya diberi sama rata?
apabila hujan,
kami seolah2 meredah hutan,
dibiarkan apa saja membasahi ubun,
termasuk dahan.
apabila kokurikulum atau sukan,
engkau membiarkan kami berpeleseran,
membiarkan kami kegelisahan,
dek tiada ruang untuk pengurusan diri insan,
persis seperti pelarian,
x kasar rsenye untuk diucapkan.
madrasati,
alangkah bagus sekali,
jika kamu ini,
memberikan keadilan kpd smua jenis ahli.
keadilan?
ye! itulah yang kami pohonkan.
alangkah bagusnya,
jika engkau juga bertanya,
pendapat dan pendirian semua,
termasuk kami di luar sana.
kami umpama pelarian,
yang sedang mencari jalan,
atau umpama banduan?
kami sering datang ke sekolah,
dalam keadaan serba dan salah,
ini kerana engkau sekolah,
yang selalu menghebah,
berita dan khabar di asrama sekolah,
atau di luar waktu sekolah.
berapa kali?
berapa kali harus kamu berbuat begini,
wahai madrasati.
jangan salahkan kami,
jika kami tak memenuhi,
segala peraturanmu,
jangan salahkan kami,
jika aktivitimu tanpa sokongan kami, wahai madrasati.
madrasati,
kami dapat merasai ketidakadilan ini,
cuma selama ini,
ia tersimpan sebagai isi hati,
namun kali ini,
aq berani untuk berkalami,
kerna aku tidak mahu perkara ini,
terus terjadi,
bagaimanakah nasib generasi,
selepas kami ini?
madrasati ,
tidakkah kau kasihan pada kami?
aku merayu bertindaklah selepas ini,
agar kami,
dapat mengikut peraturanmu dengan berbesar hati,
dan rela hati,
agar engkau menjadi motivasi,
untuk kami berusaha gigih selepas ini...
Isnin, 23 September 2013
Kate org bijak pndai..
Ahad, 22 September 2013
Selfish at the market la !
Ok ! misalnya, ade individu ni, namenye, Mila, 4 example. Mila ni die ade sorang kakak, abang, adek laki, adek pompuan, pendek kata, die ni anak tengah la n ade 7 family members. Ok! die ni ade ramai kawan sbb die nie memang kalau bab peramah 2, memang kat level yg pling ats la.. Pidato die masok, sajak die msok, syarahan die msok, bahas die masok, kirenye femes la kt skolah.. Sape x nk kwn ngan org femes cam die kn? Cume org cam da'e je, x brp mint tgk ciri2 femes dlm bab memilih kwn nie..
Sabtu, 21 September 2013
Being at the centre is better!
Terkadang buat kite x prasan yg di bwh...
Berada di kerusi mls,
Terkadang bisa buat kite x prasan yg kite tgh rebah...
Jumaat, 20 September 2013
Special for z!!-han
Her tooth
Hosh..ok2..
Alkisah..
Terdapat seorg budak perempuan ni, die nie jenis yang memang x kesah sangat tentang kecantikan, kerana baginya kecantikan adalah anugerah Allah, dan baginya semua ciptaan Allah adalah cantik, tidak semestinya pada wajahnya, boleh juga pada hatinya, adabnya dan pelbagai sudut lain. Walaubagaimanapun, die ni seorang yang menjaga kebersihan. baginya kebersihan tunjang utama bagi segala kecantikan.
Pada satu hari, klinik kesihatan tlh dtg ke sekolhnya utk cek gigi semua pelajar. Bile tibe giliran die, dr 2 ckp, nie kne simen nie x cntik. Pembantu dr 2 pun tulis kod kat kad gigi die yang menunjukkan perlu disimen bukan dibersih. Terdapat segelintir rakannya yang perlu dibersihkan gigi, namun die hanya perlu disimen. Dia berasa hairan mengapa perlu disimen sedangkan sudah cantik dah melainkan gigi depannya itu memang jarak sedikit antara satu sama lain berbanding dengan giginya yang lain. Dia akur.
Setelah disimen, die melihat ke arh cermin. Kilauan gigi hadapannya tampak sekali. Dia tidak selesa dan tidak suka. Baginya tidak perlu sekiranya hanya untuk kelihatan cantik semata-mata. Sedang dia makan makanan yang keras, tibe2 simen di bahagian bawah giginya terkopek. Terdetik perkataan 'alhamdulillah' dalam hatinya. Die berasa amat gembira. Dia berusaha untuk mengopek di bahagian atasnya pula, Alhamdulillah berjaya!! Kini baru die berasa selesa untuk berbicara mahupun menjamah selera...
< See! It is weird if she had to stand with her 'new teeth' condition just for a beauty! She don't care about it because for her, beauty not comes from the outer only, but the most important is what comes from her dippest soul>
Rabu, 18 September 2013
Johor dan Kerajaan Uthmaniyah
Bendera Khalifah Othmaniah

Bendera Khalifah Johor (bendera sultan)
Maybe ramai yg tak tau kewujudan Majallah Al Ahkam Johor, dari tahun 1893 sehingga tahun 1914.. sets of written law, yang berlandaskan hukum Syariah seperti Majallah Al Ahkam Al Adliyah, yang digunakan Khalifah Othmaniah Turki...

Salinan "Majallah Al Ahkam Johor" terdapat di Library Petaling Jaya and National Library KL..

Raja Ali Kelana of Johor
Now..
Kaitan Johor dgn Khalifah Turki
- Sultan Albert Baker pernah melawat Khalifah pada tahun 1866, 1879 dan 1893
- Khalifah menghadiahkan 2 orang wanita Turki kepada Sultan JOhor = Khadijah Hanim dan Ruqayyah Hanim.. dan dikahwinkan dgn Sultan Albert Baker dan Sultan Ibrahim utk menyambungkan Nasab keturunan mereka setaraf dengan Khalifah Turki
- 1894, Kapal Perang Attughrul dari Turki mendarat di Istana Besar
- Seruan dan doa utk Raja2 pertama kali dignakan apda tahun 1895 mengikut adat dan amalan Khalifah Turki = seterusnya ditiru oleh negeri lain sehingga kini
- 1904 - Pegawai Khalifah Uthmaniah diberikan bintang kebesara kerajaan Johor
- Raja Ali Kelana dari Riau di lantik menjadi Sheikh Al Islam, satu jawatan yg lebih tinggi dari Mufti Kerajaan seperti yang digunakan oleh Khalifah Turki = beliau Meninggal dunia di Johor Bahru pada tahun 1927
- Raja Ali Kelana dihantar ke Turki untuk mendalami undang2 mualamalat dan shariah pada tahun 1883, 1895, 1899 dan 1913
- Syed Hasan dan Syed Abu Bakar Al Attas dan 4 orang pegawai kerajaan dihantar menghadiri persidangan khalifah 1926 sebagai wakil Sultan Johor
- Penubuhan sekolah agama kerajaan Johor diguna pakai dari Maktab Uthmani di Turki
- Kitab2 rujukan mcm Muttaal Badrain yg digunakan oleh sekolah agama Johor adalah ditranslate dari syllibus Maktab Uthmani Turki

Ini adalah lambang darjah kebesaran Khalifah Othmaniah yg digunakan oleh turki..
Lihat persamaan dgn yang ni :

Darjah kebesaran Johor
Kaitan "Sultan"
- Kite diwar-warkan yang Sultan Ibrahim diberikan gelaran "Sultan" oleh Queen Victoria... fikir semula ; seorang wanita kristian memberi gelaran 'sultan' kepada raja islam??
wrong... British cube memusingkan Fakta disini ;- kerana... Anugerah gelaran "Sultan" adalah pemberian Khalifah Uthmaniah semasa lawatan baginda ke Turki pada tahun 1866..
Lihat sejarah :
- Dalam Buku "Hikayat Hang Tuah".. Sultan Melaka.. Muzaffar Shah ade menghantar Hang Tuah ke Turki untuk mendapat 'recognition' dari Khalifah utk memakai title SULTAN..
- Sama juga seperti Pasai dan Sultan Acheh Iskandar Alam = semua mengadap Khalifah utk mendapat 'recognition' memakai gelaran Sultan.. Johor pun buat mcm tu pada tahun 1866..
Ahkam Shariah Johor
We knew that Johor become successfully independent sejak tahun 1855.. tapi.. ape sistem kehakiman yang digunakan??? British?? tak mungkin, sebab.. british cume datang pada tahun 1914..
That is the clue.. Undang2 Adat dan Shariah Majallah Ahkam Johor..
Semasa Undang2 shariah ini dijalankan - semua Peguam, persuruhjaya Polis, pegawai dan kakitangannya terdiri daripada Ulamak dan orang Islam SAHAJA.. sebab tu, ramai Melayu yang kerja dgn kerajaan zaman tu di Johor..
Dalam Hikayat Johor.. Hakim2 dan Kadi2 diberi kuasa menghukum pegawai kerajaan yg tak sembahyang jumaat.. begitu jugak yang berjudi dan minum arak di Kasino Wong Ah Fook.. yg diberi kuasa utk melapurkan kepada Kadi2 jika terdapat orang islam dalam premisnya berjudi dan minum arak..
Undang2 Tubuh Negeri Johor
Undang2 negeri ini di sedia kan oleh Rodyk & Davidson.. firma guaman british yg berkerja dgn Sultan Johor. The funny thing is.. firma guaman ini menggunakan set undang2 yang digunakan oleh Kesultanan Lama Riau dan Acheh.. dalam buku Thammarat Al Muhimmah..
Dengan tertubuhnya undang2 ini pada tahun 1895.. secara rasmi Agama Islam menjadi agama negeri.. DAN... undang2 ini TIDAK BOLEH DIGUBAL, DIUBAH, DIPINDA, DIHAPUSKAN selagi ade bulan dan bintang..
Now...
- British source tak pernah sentuh sikit pun pasal hubungan Khalifah Turki dgn Kerajaan Johor..
- Undang2 Malaysia, di guna pakai cara Inggeris kerana 'anggapan' bahawa tiada undang2 yang diguna pakai sebelum Merdeka kecuali undang2 adat... so, klu ade orang expose yg ade undang2 yg berjaya terlaksana dgn tatacara yang baik dan teratur.. tentu undang2 malaysia sekarang tidak seperti ini.. again, takde siape dalam cabinet Tun Abd. Rahman yg bercakap tentang fakta ini..














