Ahad, 13 April 2014

Positive way ®@¢£!

Assalamualaikum =) tetiba rasa nk brsjk plk dah. tp ni sajak unformated..huhu ¢=

Assalamualaikum sahaabaati wa akhawaati,
Perdengarkanlah sendiri,
Insan ini berkalami,
Walaupun sebenarnya tidak menjadi.

Di pagi hari,
Air mata membasahi pipi,
Dek rindu sekali,
Untuk melihat sendiri,
Suasana dini hari.

Oh! indahnya dpt siht kembali,
Dapatlah kunikmati keindahan ciptaan Ilahi.
Oh! jelesnye insan ini,
Pada rakan sendiri.

Wahai diri! Wahai diri! Wahai diri!,
Engkau tidak akan hidup selamanya di dunia ini,
Kerana akhirnya kau akan kembali kepada Ilahi,
Itulah pengakhiran yang hakiki.

Bersyukurlah dan bergembiralah wahai hati,
Betapa Engkau beruntung sekali,
Hanya perlu brsabar sedikit saja lagi,
Ganjaran buatmu besar sekali.

Ya! Engkau memang berbeza sekali,
Ya! Engkau memang berlainan sekali,
Kerna engkau adalah pilihan Ilahi,
Yang diberi keistimewaan tersendiri.

Ketahuilah wahai diri,
Engkau tidak berseorang diri,
Kerna Ilahi sentiasa ada di sisi,
Syurga buatmu sedang menanti..

Sajak ini,
Kuukir sendiri,
Buat diri,
Yang sedang diuji..

Tiada ulasan: